Nota Fikir untuk Zikir
“Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup adalah ‘mehnah’-maksudnya didikan terus daripada Allah. Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan.”
“Jika seseorang datang membuat kita marah, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu kesempitan wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar tentang berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.” - Pahrol Mohamad Juoi